Thursday 27 December 2012

IKEA




Pengenalan
IKEA International Group (IKEA) merupakan sebuah syarikat terkemuka antarabangsa berpegangan swasta dari Sweden, yang membuat rekabentuk sendiri ke atas perabot keperluan rumah dan mencipta pelbagai perabot separa siap (ready-to-assemble) seperti katil,rak,kerusi,meja,almari serta pelbagai lagi perabot dan barang keperluan rumah. Ia diasaskan oleh seorang pemuda bernama Ingvar Feodor Kamprad. IKEA sehingga kini merupakan pengeluar perabot yang terbesar di dunia. Syarikat ini amat dikenali dengan rekabentuk arkitektural dan seni yang moden dan terkini yang diaplikasikan kepada pelbagai pilihan perabot rumah,dan kerap tampil dengan idea-idea ringkas yang menarik diselitkan dengan konsep mesra-alam (eco-friendly).

Sehingga Oktober 2011,IKEA memiliki sekitar 332 stor di lebih daripada 38 buah negara di seluruh dunia. Laman web IKEA sendiri sehingga kini memiliki lebih dari 12,000 produk beraneka jenis perabot, dengan dianggarkan menerima purata hampir 500 juta hits pelawat dalam setahun.IKEA juga merupakan pengeluar produk kayu ketiga terbesar didunia,hanya di belakang The Home Depot dan Lowe’s.

Sejarah berikut menceritakan bagaimana IKEA membangun sejak enam dekad lalu dari sebuah kedai kecil berhampiran hutan di selatan Sweden sehingga ia berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara di seluruh dunia.
 

Bagaimana ia Bermula
Kisah IKEA bermula pada tahun 1926 dimana pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di Elmtaryd, sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaannya. 

Ingvar Kamprad (kiri) di zaman kecilnya.
Sejak berumur lima tahun, Ingvar Kamprad mula menjual mancis di kejiranannya dan semasa berumur tujuh tahun, beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikalnya. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang rendah  masih dapat memberi keuntungan. Daripada mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan, dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.

Semasa Kamprad berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan sendiri  menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon.


Bagaimana Ia Dibangunkan
Berkat usaha gigih,perniagaan Kamprad bertambah maju, jadi beliau mula mengiklankan jualannya di dalam surat khabar tempatan pada tahun 1948.Ia merupakan iklan pertama yang dilakukan Kamprad sepanjang pembabitan dalam perniagaan. Beliau juga  sudah mula menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi berhampiran.

Kamprad memberi nama IKEA untuk perniagaannya
 Kamprad yang semakin matang mengembangkan jualannya apabila mula menjual perabot seperti kerusi dan meja berasaskan kayu.Perabot tersebut dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan tempat tinggalnya dengan menamakan perniagaannya  itu dengan nama IKEA.Nama IKEA adalah gabungan dari nama akronim pengasas Ingvar Kamprad (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar.
Katalog pertama IKEA,dikeluarkan tahun 1951

Pada tahun 1951, katalog pertama IKEA dihasilkan. Katalog ini menggunakan slogan bahasa Svenska Vågen till goda inköp med IKEA” yang bermaksud “The road to good purchases [is] with IKEA”.Slogan itu juga adalah slogan pertama IKEA.

Tahun 1953 merupakan detik penting dalam sejarah penubuhan IKEA apabila Kamprad berjaya membuka satu bilik pameran perabot di Amhult, Smaland. Bilik pameran ini merupakan satu kejayaan,apabila pengunjung tidak putus-putus mengunjunginya terutama hari minggu.

Pada tahun 1955,dugaan pertama tiba apabila IKEA diboikot oleh pengilang tempatan yang membekalkan perabot untuknya,dimana mereka  mula tidak bersetuju dengan konsep harga murah yang diperkenalkannya.Ini menyebabkan Kamprad terpaksa berusaha sendiri untuk menghasilkan perabot.Disinilah bermulanya detik penting dalam konsep IKEA apabila Kamprad dengan ilham sendiri mencipta dan merekabentuk perabot.Dan kerana kekangan itu, Kamprad memulakan jualan dengan sesuatu yang tidak diduga apabila menjual perabot separa pasang siap yang dipekkan didalam kotak flat packs-yang di hasilkan di gudangnya sendiri.Konsep ini sangat lengkap dengan fungsi-murah,mampu milik,senang dibawa,mudah disambung dan rekabentuk menarik. Kerana usaha dan inovatif ini,ia disambut baik oleh masyarakat.



Flat-packs,bungkusan perabot pertama oleh IKEA.
Tahun 1958 menyaksikan gedung pertama IKEA dibuka di Älmhult, mempunyai keluasan 6,700 meter persegi untuk kelengkapan rumah.Pada masa ini, ia adalah pameran perabot terbesar di Skandinavia. 

Kamprad merasmikan gedung IKEA yang pertama di Almhult, Sweden
Mereka juga sudah memulakan penghantaran ke rumah pada 1959 menggunakan van keluaran gergasi automotif Jerman, Volkswagen (VW),menandakan IKEA sedang membangun dengan pantas dan berada di kemuncaknya.

Van Volkswagen IKEA yang popular awal tahun 1960
Pada tahun 1960, IKEA memulakan ujian kualiti terhadap produk menggunakan standard ujian Sweden.Hasilnya 3 tahun kemudian,mereka berjaya melebarkan sayap ke luar Sweden untuk pertama kalinya,dengan membuka cawangan di Oslo,Norway.Tidak cukup dengan itu,pada tahun 1969 satu lagi cawangan IKEA dibuka di Copenhagen, Denmark .IKEA tidak pernah menoleh ke belakang lagi selepas itu apabila dalam masa 10 tahun sepanjang tahun 70-an mereka berjaya membuka cawangannya di Jerman,Switzerland,Austria,Australia,Kanada,Belanda dan Singapura.

Pada 1986,Ingvar Kamprad bersara dari Kumpulan Pengurusan untuk menjadi penasihat INGKA Holding BV. Anders Moberg dilantik menjadi Presiden dan CEO baru Kumpulan IKEA.Pada 1991,IKEA memperoleh kilang kayu miliknya sendiri dan menubuhkan kumpulan industri Swedwood untuk mengeluarkan komponen perabot berasaskan kayu secara sendiri.
 
Swedwood, anak syarikat IKEA yang menghasilkan perabot kayu sendiri

IKEA turut  memperkenalkan kemudahan kafeteria di hampir setiap rangkaian stornya di seluruh dunia. Kafeteria ini menyajikan pelbagai jenis makanan ala Barat yang disesuaikan mengikut selera setempat. 

IKEA Cafeteria di Damansara, Malaysia

Meatballs dan Daim Cake,sebahagian dari hidangan popular yang disajikan IKEA Cafeteria

Sama seperti syarikat gergasi yang lain, IKEA juga tidak ketinggalan mewujudkan Program Kesetiaan supaya pelanggan-pelanggan akan terus setia bersama mereka walaupun dengan wujudnya persaingan dari syarikat-syarikat lain. Program Kesetiaan ini disimbolkan menerusi sebuah kad yang digelar IKEA Family memberikan layanan istimewa dan diskaun menarik untuk sebarang pembelian perabot atau di kafe-kafe IKEA.   

Kad Kesetiaan terkini IKEA -
Dilengkapi chip dan boleh ditambah nilai

Kad Kesetiaan IKEA FAMILY



IKEA tidak pernah memandang remeh soal pengiklanannya. Katalog sentiasa mengemaskini,memperbaharui dan menambah baik konsep persembahan di dalam katalotgnya unutk menjadikan ia sentiasa terkini dan segar.Susun atur,ruang serta pencahayaan diolah dengan konsep moden supaya menepati kehendak terkini. 



Katalog IKEA sekitar tahun 1965




Kejayaan
Sehingga kini, pekerja Kumpulan IKEA telah meningkat kepada hampir 150,000 orang pekerja dan mempunyai 332 gedung di 40 negara.

Stor-stor IKEA di seluruh dunia


Sehingga kini, 5 stor IKEA terbesar di dunia adalah:-  :
  1. Stockholm Kungen Kurva, Sweden: 55,200 m2
  2. Shanghai, China: 49,400 m2
  3. Shenyang, China: 47,000 m2
  4. Tianjin, China: 45,736 m2
  5. Berlin Lichtenberg, Germany: 45,000 m2


Dari segi keuntungan pula,dikatakan keuntungan bersih Kumpulan IKEA (tidak termasuk sistem Inter IKEA) pada tahun fiskal 2010 (selepas membayar yuran francais untuk Inter IKEA sistem) adalah 2.7billion,dan  pada jualan 23.5 billion.



Pada 2004 dan 2005 pula,IKEA juga pernah tersenarai sebagai satu dari 100 Syarikat Terbaik selama  dua tahun berturut-turut oleh majalah Working Mothers . IKEA juga disenaraikan di kedudukan 96 idi dalam Fortune's 100 Best Companies to Work For untuk tahun 2006.Lebih menarik, pada 2007 pengasas Ingvar Kamprad pernah tersenarai sebagai Individu ke-4 terkaya di dunia,menurut majalah bisnes Forbes.Beliau kekal berada di kedudukan 10 terkaya dunia sehingga tahun 2010,sebelum kedudukannya diambil alih oleh jutawan lain.







 

No comments:

Post a Comment