Pengenalan
IKEA
International Group (IKEA)
merupakan sebuah syarikat terkemuka antarabangsa berpegangan swasta dari Sweden,
yang membuat rekabentuk sendiri ke atas perabot keperluan rumah dan mencipta
pelbagai perabot separa siap (ready-to-assemble) seperti
katil,rak,kerusi,meja,almari serta pelbagai lagi perabot dan barang keperluan
rumah. Ia diasaskan oleh seorang pemuda bernama Ingvar Feodor Kamprad. IKEA sehingga
kini merupakan pengeluar perabot yang terbesar di dunia. Syarikat ini amat dikenali
dengan rekabentuk arkitektural dan seni yang moden dan terkini yang
diaplikasikan kepada pelbagai pilihan perabot rumah,dan kerap tampil dengan
idea-idea ringkas yang menarik diselitkan dengan konsep
mesra-alam (eco-friendly).
Sehingga Oktober 2011,IKEA memiliki
sekitar 332 stor di lebih daripada 38 buah negara di seluruh dunia. Laman web
IKEA sendiri sehingga kini memiliki lebih dari 12,000 produk beraneka jenis
perabot, dengan dianggarkan menerima purata hampir 500 juta hits pelawat dalam setahun.IKEA juga merupakan pengeluar produk
kayu ketiga terbesar didunia,hanya di belakang The Home Depot dan Lowe’s.
Sejarah berikut menceritakan bagaimana
IKEA membangun sejak enam dekad lalu dari sebuah kedai kecil berhampiran hutan
di selatan Sweden sehingga ia berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih
40 buah negara di seluruh dunia.
Bagaimana
ia Bermula
Kisah IKEA bermula pada tahun 1926 dimana pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di Elmtaryd, sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaannya.
Kisah IKEA bermula pada tahun 1926 dimana pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di Elmtaryd, sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaannya.
Ingvar Kamprad (kiri) di zaman kecilnya. |
Sejak berumur lima tahun, Ingvar
Kamprad mula menjual mancis di kejiranannya dan semasa berumur tujuh tahun,
beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikalnya. Beliau
mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan
menjual secara berasingan dengan harga yang rendah masih dapat memberi keuntungan. Daripada
mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan,
dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.
Semasa Kamprad
berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran agar berjaya
dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan sendiri menjual pen, dompet, bingkai gambar,
selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon.
Bagaimana Ia
Dibangunkan
Berkat usaha gigih,perniagaan Kamprad bertambah
maju, jadi beliau mula mengiklankan jualannya di dalam surat khabar tempatan
pada tahun 1948.Ia merupakan iklan pertama yang dilakukan Kamprad sepanjang pembabitan
dalam perniagaan. Beliau juga sudah mula
menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi
berhampiran.
Kamprad yang semakin matang mengembangkan
jualannya apabila mula menjual perabot seperti kerusi dan meja berasaskan
kayu.Perabot tersebut dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan
tempat tinggalnya dengan menamakan perniagaannya itu dengan nama IKEA.Nama IKEA adalah gabungan
dari nama akronim pengasas Ingvar
Kamprad (I.K) ditambah dengan
huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung
tempat beliau membesar.
Kamprad memberi nama IKEA untuk perniagaannya |
Katalog pertama IKEA,dikeluarkan tahun 1951 |
Pada tahun 1951, katalog pertama IKEA dihasilkan. Katalog ini menggunakan slogan bahasa Svenska “Vågen till goda inköp med IKEA” yang bermaksud “The road to good purchases [is] with IKEA”.Slogan itu juga adalah slogan pertama IKEA.
Tahun 1953 merupakan detik penting dalam sejarah
penubuhan IKEA apabila Kamprad berjaya membuka satu bilik pameran perabot di
Amhult, Smaland. Bilik pameran ini merupakan satu kejayaan,apabila pengunjung
tidak putus-putus mengunjunginya terutama hari minggu.
Pada tahun 1955,dugaan pertama tiba apabila IKEA diboikot oleh pengilang tempatan yang membekalkan perabot untuknya,dimana mereka mula tidak bersetuju dengan konsep harga murah yang diperkenalkannya.Ini menyebabkan Kamprad terpaksa berusaha sendiri untuk menghasilkan perabot.Disinilah bermulanya detik penting dalam konsep IKEA apabila Kamprad dengan ilham sendiri mencipta dan merekabentuk perabot.Dan kerana kekangan itu, Kamprad memulakan jualan dengan sesuatu yang tidak diduga apabila menjual perabot separa pasang siap yang dipekkan didalam kotak flat packs-yang di hasilkan di gudangnya sendiri.Konsep ini sangat lengkap dengan fungsi-murah,mampu milik,senang dibawa,mudah disambung dan rekabentuk menarik. Kerana usaha dan inovatif ini,ia disambut baik oleh masyarakat.
Flat-packs,bungkusan perabot pertama oleh IKEA. |
Kamprad merasmikan gedung IKEA yang pertama di Almhult, Sweden |
Van Volkswagen IKEA yang popular awal tahun 1960 |
Pada 1986,Ingvar Kamprad bersara dari
Kumpulan Pengurusan untuk menjadi penasihat INGKA Holding BV. Anders Moberg
dilantik menjadi Presiden dan CEO baru Kumpulan IKEA.Pada 1991,IKEA memperoleh kilang kayu miliknya
sendiri dan menubuhkan kumpulan industri Swedwood untuk mengeluarkan komponen
perabot berasaskan kayu secara sendiri.
IKEA turut memperkenalkan kemudahan kafeteria di hampir setiap rangkaian stornya di seluruh dunia. Kafeteria ini menyajikan pelbagai jenis makanan ala Barat yang disesuaikan mengikut selera setempat.
Swedwood, anak syarikat IKEA yang menghasilkan perabot kayu sendiri |
IKEA turut memperkenalkan kemudahan kafeteria di hampir setiap rangkaian stornya di seluruh dunia. Kafeteria ini menyajikan pelbagai jenis makanan ala Barat yang disesuaikan mengikut selera setempat.
IKEA Cafeteria di Damansara, Malaysia |
Meatballs dan Daim Cake,sebahagian dari hidangan popular yang disajikan IKEA Cafeteria |
Sama seperti syarikat gergasi yang lain, IKEA juga tidak ketinggalan mewujudkan Program Kesetiaan supaya pelanggan-pelanggan akan terus setia bersama mereka walaupun dengan wujudnya persaingan dari syarikat-syarikat lain. Program Kesetiaan ini disimbolkan menerusi sebuah kad yang digelar IKEA Family memberikan layanan istimewa dan diskaun menarik untuk sebarang pembelian perabot atau di kafe-kafe IKEA.
Kad Kesetiaan terkini IKEA - Dilengkapi chip dan boleh ditambah nilai |
Kad Kesetiaan IKEA FAMILY |
IKEA tidak pernah memandang remeh soal pengiklanannya. Katalog sentiasa mengemaskini,memperbaharui dan menambah baik konsep persembahan di dalam katalotgnya unutk menjadikan ia sentiasa terkini dan segar.Susun atur,ruang serta pencahayaan diolah dengan konsep moden supaya menepati kehendak terkini.
Katalog IKEA sekitar tahun 1965 |
Kejayaan
Sehingga kini, pekerja Kumpulan IKEA telah meningkat kepada hampir 150,000 orang pekerja dan mempunyai 332 gedung di 40 negara.
- Stockholm Kungen Kurva, Sweden: 55,200 m2
- Shanghai, China: 49,400 m2
- Shenyang, China: 47,000 m2
- Tianjin, China: 45,736 m2
- Berlin Lichtenberg, Germany: 45,000 m2
Dari segi keuntungan pula,dikatakan keuntungan bersih Kumpulan IKEA (tidak termasuk sistem Inter IKEA) pada tahun fiskal 2010 (selepas membayar yuran francais untuk Inter IKEA sistem) adalah €2.7billion,dan pada jualan €23.5 billion.
Pada 2004 dan 2005 pula,IKEA juga pernah tersenarai sebagai satu dari 100 Syarikat Terbaik selama dua tahun berturut-turut oleh majalah Working Mothers . IKEA juga disenaraikan di kedudukan 96 idi dalam Fortune's 100 Best Companies to Work For untuk tahun 2006.Lebih menarik, pada 2007 pengasas Ingvar Kamprad pernah tersenarai sebagai Individu ke-4 terkaya di dunia,menurut majalah bisnes Forbes.Beliau kekal berada di kedudukan 10 terkaya dunia sehingga tahun 2010,sebelum kedudukannya diambil alih oleh jutawan lain.
No comments:
Post a Comment